Kerjaya Abdul Rahman Bakar

Beliau menjadi guru selepas belajar (1984-1986). Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua sehingga 2014.


Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)(1987-1990). Kemudian Timbalan Pengerusi Mara (1990-1995).

Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Malaysia-Myanmar Chamber of Commerce dan Presiden Penggiat Kebudayaan Jawa Malaysia.

Sebelum ini beliau adalah Presiden Penggiat Kebudayaan Malaysia-Indonesia dan kini dikenali sebagai Malindo Business & Cultural Center (MBCC) Asia. Beliau pernah menjadi Pengerusi Golden Pharos Berhad.

Abdul Rahman Bakar juga kini merupakan Penaung Dewan Perniagaan Malaysia Global / Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC).